
Ali (Gambit Saifullah) adalah seorang pemuda yang sopan dan baik hati namun tidak bercita-cita tinggi dan kurang motivasi. Ali bekerja di sebuah syarikat penerbitkan akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya sebagai jurufoto yang mengambil gambar tempat-tempat yang kelihatan seram dan memanipulasi gambar-gambar tersebut seolah-olah kelihatan berhantu. Ali jatuh hati pada Sarah (Melia Aimellia), yang bekerja sebagai kartunis di syarikat yang sama....